JOHOR BAHRU 19 Julai – Tiga lelaki, salah seorang daripadanya anak orang kenamaan (VIP) bergelar Datuk ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam jenayah penyeludupan manusia di Kota Tinggi dekat sini baru-baru ini.
Anak VIP itu yang berusia 21 tahun ditahan bersama dua rakannya di persimpangan tiga jalan besar Sungai Rengit-Teluk Ramunia pada pukul 8 malam kelmarin.
Suspek merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi tempatan dan sedang bercuti semester. – Utusan
1 comment:
Don't worrylah ....anak datuk mesti leps punya...polis kecut telok dengar kentot VIP.
Post a Comment