Pages

Wednesday, May 4, 2011

Nasha pertahan jawatan timbalan presiden PAS

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa hari ini mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan Muktamar Jun ini setelah mendapat pencalonan menggalakkan daripada ahli-ahli PAS kawasan setakat ini.
“Ya, saya akan pertahankan (jawatan Timbalan Presiden). Ini bererti saya akan bertanding untuk penggal yang ketiga,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Nasharudin yang juga Anggota Parlimen Bachok dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti 2005.
Beliau mempertahankan jawatan tersebut bagi penggal kedua dalam pemilihan parti ketika muktamar parti Ke-55 pada 2009 setelah mendapat 480 undi mengalahkan Datuk Husam Musa (281 undi) dan Mohamad Sabu (261 undi).
“Keputusan untuk mempertahankan jawatan itu dibuat atas semangat untuk meneruskan persiapan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang mungkin diadakan pertengahan tahun depan atau penghujung tahun ini. Ini yang saya akan teruskan bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” tambahnya.
Nasharudin dijangka dicabar Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mohamad Sabu yang sebelum ini telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan yang sama.
“Saya terbuka untuk dilawan. Malah sebelum ini berlaku pertandingan tiga penjuru ketika saya bertanding jawatan itu,” katanya.




1 comment:

Hamdan Rukun said...

BOLEHLAH BERTANDING TAPI DIA KAN KALAH. KECUALI DALAM MASA BEBERAPA HARI NI DIA CAKAP KERAS SIKIT, MENCARUT SIKIT, NAMPAK GATAL SIKIT.

TAPI TAK BOLEH JUGAK, SEBAB MACAM MANA DIA NAK BUAT SUPAYA TERTANGKAP MACAM MAT SABU TERTANGKAP DENGAN NORMA ?

Posting Terkini