Pages

Tuesday, April 26, 2011

Rakyat perlu jadi pemangkin transformasi, kata Najib

Warta Kerajaan Rakyat : KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat perlu menjadi pemangkin kepada transformasi sesebuah negara.
Perdana Menteri berkata beliau selalu menekankan nilai kesederhanaan dan konsep 1Malaysia berpaksikan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”
Sekiranya rakyat mendokong nilai dan konsep itu, negara pasti boleh mencapai lebih banyak kemajuan dan menjadi faktor pengaruh positif kepada rakan sekeliling.

Terdapat banyak cara bagi rakyat boleh menyumbang ke arah mencapai kejayaan proses transformasi negara, kata Najib dalam blog 1Malaysia hari ini.
“Sama ada ia berkaitan memerangi jenayah, memberi maklumat bagi menangani masalah rasuah, membantu golongan pelajar dan orang miskin atau juga memberi maklum balas bagaimana kita boleh mempertingkatkan hasil sesuatu usaha, sumbangan anda akan melonjakkan kita ke hadapan,” katanya.
Najib juga menyentuh mengenai Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan merujuk kepada pencapaian kerajaan berdasarkan Laporan Tahunan GTP 2010.
Menurut Perdana Menteri, rakyat perlu bersedia menghadapi kesukaran jangka pendek bagi meraih manfaat jangka panjang.
“Manfaat seumpama itu bukan sahaja dinikmati oleh kita semua sekarang tetapi juga untuk generasi akan datang. Mari kita semua sama-sama berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah dan gemilang untuk Malaysia,” katanya.
- Bernama




No comments:

Posting Terkini