Pages

Wednesday, November 24, 2010

Jais berhak halang Nizar beri ceramah

Datuk Seri Mohammad Nizar

IPOH: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhak menghalang Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari menyampaikan ceramah di Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh kerana beliau tidak ada tauliah dari Jabatan itu.
Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain berkata, Jais berhak melarang ahli-ahli politik dan guru-guru yang tidak mendapat tauliah dari Jabatan itu untuk menyampaikan ceramah.

"Bagaimanapun, dari aspek demokrasi, ia jelas tidak adil kerana rakyat memerlukan ilmu dari semasa ke semasa. Orang ramai kini boleh berfikir secara waras mengenai apa yang baik dan apa yang buruk.
"Oleh itu, mereka boleh menerima atau menolak isi kandungan yang ingin disampaikan oleh para penceramah mengikut pemikiran mereka," katanya kepada para pemberita di ibu pejabat PAS Perak di sini semalam.
Kelmarin, Jais meminta pihak pentadbir masjid itu membatalkan program ceramah agama melibatkan Mohammad Nizar, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak, yang dijadualkan semalam kerana beliau tidak ada tauliah.
Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi meminta parti itu menukar tempat ceramah ke tempat lain yang tidak terikat dengan syarat yang ditetapkan oleh Jais jika mereka masih mahu meneruskan program itu.
-Bernama

No comments:

Posting Terkini