Pages

Tuesday, August 10, 2010

Sekilas Dunia

Bicara libat Parti Demokrat Thai

BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam memulakan perbicaraan yang tertumpu kepada salah pengurusan satu geran pilihan raya ke atas Parti Demokrat, yang boleh merumitkan lagi krisis politik di negara itu.

Kes itu boleh menyebabkan pembubaran parti politik berkenaan serta pengharaman ke atas para pegawai eksekutifnya, termasuk Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva, daripada menyertai politik. -- Reuters.



10 maut dalam nahas feri karam

JAKARTA: Para penyelamat berjaya menyelamatkan puluhan penumpang sebuah feri yang karam di kawasan perairan di timur Indonesia semalam, tetapi gagal menyelamatkan 10 penumpang lain yang terkorban dan seorang lagi yang dilaporkan hilang, menurut polis.

Feri Hastina III karam di kawasan luar pantai wilayah Nusatenggara Timur selepas dipukul ombak besar di perairan antara pulau Adonara dan Lembata, kata Leftenan Abdul Rahma Aba. -- AP.


Keputusan Saudi pasal BlackBerry

RIYADH: Ratusan ribu pengguna alat perhubungan BlackBerry terpaksa menunggu hingga lewat tengah malam tadi untuk mengetahui keputusan pihak berkuasa Arab Saudi mengenai pengharaman khidmat pesanan alat perhubungan itu. Ia bertujuan meredakan kebimbangan terhadap keselamatan di negara itu. -- AFP.



No comments:

Posting Terkini