Pages

Friday, August 6, 2010

Sekilas Dunia

Israel pulangkan tiga kapal bantuan Turkey

BAITULMAKDIS: Israel semalam mengembalikan tiga kapal bantuan kemanusiaan milik Turkey yang dirampas selepas ia cuba menuju ke Gaza.

Ketiga-tiga kapal itu adalah sebahagian daripada enam flotila yang cuba memasuki Jaluran Gaza pada 31 Mei lalu.

Komando Israel telah memintas kesemua kapal itu dan serbuan berkenaan telah menyebabkan sembilan aktivis Turkey terbunuh. -- AFP.



Pesawat ringan langgar bangunan

PHOENIX (Amerika Syarikat): Sebuah pesawat ringan hilang kawalan lalu melanggar sebuah bangunan berhampiran lapangan terbang di Utara Phoenix, semalam, menyebabkan juruterbang pesawat malang itu maut di tempat kejadian.

Pesawat Cirrus S-R 22 yang mempunyai satu enjin itu telah berlepas dari lapangan terbang Phoenix Deer Valley sekitar 6 pagi.

Jurucakap polis Phoenix, Detektif James Holmes, berkata saksi terlebih dahulu terdengar enjin pesawat tersebut meletup sebelum melanggar sebuah bangunan perindustrian di luar kawasan lapangan terbang. -- AP.



No comments:

Posting Terkini