JAKARTA: Seorang hakim, Ibrahim, dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh mahkamah antirasuah Indonesia kerana mengambil wang rasuah 300 juta rupiah ($45,300), lapor media setempat semalam.
Ibrahim hakim pertama di Indonesia dihukum bagi kesalahan rasuah, menurut akhbar Jakarta Globe. -- Agensi.
Dituduh cuba lakukan letupan
NEW YORK: Seorang bekas anggota parlimen Guyana, Abdul Kadir, dan seorang lagi lelaki didakwa semalam merancang meletupkan tangki minyak di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy, rancangan yang disifatkan pihak berkuasa bertujuan mengatasi serangan 11 September 2001 dan membalas dendam penindasan Amerika Syarikat terhadap masyarakat Islam di seluruh dunia.
Abdul Kadir dan Russell Defreitas didakwa mengatur pelbagai konspirasi berhubung tuduhan itu, menurut mahkamah federal Brooklyn. -- AP.
Latihan tentera udara China
BEIJING: Tentera udara China memulakan latihan lima hari semalam, khusus dalam penggunaan pesawat pejuang, pesawat risikan dan helikopter, lapor media pemerintah sedang ketegangan hubungan diplomatik antara Washington dan Beijing kian meningkat.
Media China mengumumkan tentang latihan itu tentera udara sejak beberapa minggu lalu - perkembangan mengejutkan kerana ia biasanya dilakukan secara rahsia. -- Reuters.
No comments:
Post a Comment