Pages

Saturday, April 17, 2010

Sekilas Dunia

Thai bantah dokumentari Australia

SYDNEY: Thailand telah mengemukakan bantahan kepada kerajaan Australia ekoran penyiaran satu rancangan dokumentari yang kritis terhadap keluarga diraja Thailand.

Ia memberi amaran bahawa penyiaran dokumentari oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC) itu boleh menjejas hubungan dua hala.

Rancangan tersebut disiarkan Selasa lalu dan hanya boleh ditonton di Australia. -- AFP.

Bakiyev tinggalkan Kyrgyzstan

ASTANA: Presiden Kyrgyzstan yang digulingkan, Encik Kurmanbek Bakiyev, semalam meninggalkan negara tersebut menggunakan sebuah pesawat dan selamat mendarat di Taraz, sebuah bandar di selatan Kazakhstan.

Encik Bakiyev, yang disingkirkan dalam rusuhan berdarah minggu lalu, meninggalkan kota Jalalabad di selatan Kyrgyzstan menggunakan sebuah pesawat dalam satu operasi yang diatur Russia dan Amerika Syarikat. Langkah tersebut diambil bagi mengendurkan ketegangan di negara tersebut.

Dalam rusuhan menyingkirkan Bakiyev, seramai 84 orang telah terbunuh. - AFP.

Gugur tuduhan atas mubaligh

PORT-AU-PRINCE (Haiti): Seorang peguam berkata Haiti telah menggugurkan tuduhan menculik ke atas sembilan daripada 10 mubaligh Kristian dari Amerika Syarikat yang cuba membawa keluar 33 kanak-kanak mangsa gempa bumi tanpa kebenaran pada Januari lalu.

Ketua kumpulan itu, Laura Silsby, masih dipenjarakan di Haiti.

Sembilan anggota lain telah dibebaskan pada Februari dan awal Mac lalu dan dibenarkan pulang ke tanah air. -- AP.





No comments:

Posting Terkini