Pages

Saturday, April 17, 2010

Kementerian sedang teliti laporan polis

HULU SELANGOR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti semua laporan polis berhubung kemelut yang melanda Istana Kelantan, termasuk isu terbaru mengenai dakwaan perebutan takhta kesultanan negeri berkenaan.

Ia termasuk laporan terbaru adanya pakatan jahat membabitkan kumpulan tertentu untuk merampas kuasa Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, berikutan penemuan cakera padat (CD) mengandungi butiran lengkap plot rahsia itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai laporan itu.

'Ini kes rumit dan banyak aspek perlu dikaji.

'Kita perlu berhati-hati dalam meneliti kes ini sebelum apa-apa tindakan susulan diambil kerana membabitkan banyak pihak dan perkara sensitif,' katanya di sini kelmarin.

Beliau mengulas pendedahan kakak Sultan Kelantan, Tengku Merjan Tuanku Yahya Petra, mengenai cubaan kumpulan tertentu akan merampas kuasa dan takhta adiknya.

Ia terbongkar selepas beliau menerima salinan CD di kediamannya di Ukay Heights, Ampang, baru-baru ini mengandungi rancangan jahat yang disusun kumpulan itu.

Difahamkan, antara taktik digunakan termasuk membocorkan maklumat kesihatan Sultan Kelantan kepada pihak ketiga.

Ini selain menyebarkan fakta salah mengenai tahap kesihatan Sultan yang bertujuan mencemarkan maruah dan kredibilitinya, selain mengelirukan rakyat.

No comments:

Posting Terkini