Pages

Saturday, January 23, 2010

Sekilas Dunia

India keluarkan amaran ancaman

NEW DELHI: India telah mengeluarkan amaran ancaman pengganasan selepas ia menerima maklumat bahawa anggota militan Al-Qaeda merancang merampas sebuah pesawat.

Kawalan keselamatan telah dipertingkatkan di lapangan terbangnya.

Kumpulan pengganas dilaporkan menyasarkan pesawat Air India atau India Airlines yang dalam penerbangan ke negara-negara Asia Selatan. -- AP.

Larangan pakai purdah dibatal

KAHIRAH: Mahkamah Tinggi Mesir membatalkan larangan ke atas pelajar wanita memakai niqab atau purdah ketika peperiksaan universiti kerana ia melanggar hak asasi wanita.

Menteri Pendidikan Tinggi, Encik Hany Helal, telah menguat kuasa larangan itu Oktober lalu kerana ada kes niqab digunakan untuk menipu, termasuk pelajar yang menduduki peperiksaan bagi pihak rakan mereka, tetapi 55 pelajar merayu ia dibatalkan. -- Reuters.

Tahanan dihantar pulang

WASHINGTON: Amerika Syarikat menghantar dua tahanan warga Algeria di Guantanamo Bay balik ke negara asal mereka.

Menurut Jabatan Keadilan Amerika, Hasan Zemiri dan Adil Hadi al-Jazairi Bin Hamlili sudah dipindahkan dan diletakkan di bawah penjagaan pemerintah Algeria.

Presiden Amerika, Encik Barack Obama, kini bersiap menutup pusat tahanan itu. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini