Pages

Friday, November 27, 2009

Turunkan berat badan

LONDON: Menggunakan masa menyelesaikan silang kata atau sudoku didapati mampu mengurangkan berat badan kerana kegiatan itu membakar secara purata 90 kalori sejam.

Pakar latihan mental, Encik Tim Forrester, dari laman web cannyminds.com yang membuat dakwaan itu berkata latihan mental menerusi permainan seperti silang kata membakar kalori sama seperti melakukan senaman.

'Otak kita memerlukan 0.1 kalori seminit untuk terus berfungsi,' kata Encik Forrester.

'Apabila kita melakukan sesuatu yang mencabar dari segi mental seperti menyelesaikan silang kata atau menjawab kuiz, kita membakar 1.5 kalori setiap minit,' katanya.

Otak mengandungi berjuta-juta neuron yang berhubung dengan neuron lain, menghantar pesanan ke seluruh badan.

Neuron mengeluarkan kimia yang digelar neurotransmitter untuk menghantar pesanan.

Neuron ini mengambil 75 peratus glukos gula dan 20 peratus oksigen daripada darah untuk mengeluarkan neurotransmitter.

Berikutan itu melakukan kegiatan seperti menyelesaikan silang kata atau Sudoku yang mencabar bermakna otak memerlukan lebih banyak glukos dan kalori.

Juara lapan kali Pertandingan Daya Ingatan Dunia, Encik Dominic O'Brien, berkata otak juga memerlukan senaman seperti badan. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini