Pages

Tuesday, November 10, 2009

Sekilas - Dunia

Pengebom letupkan diri di Peshawar

PESHAWAR (Pakistan): Seorang pengebom nekad meletupkan dirinya di sebuah pusat pemeriksaan polis di bandar Peshawar, menyebabkan tiga orang terkorban semalam.

Ini merupakan serangan anggota kumpulan militan yang kedua dalam tempoh 24 jam.

Serangan pengganas yang semakin meningkat di Pakistan adalah bagi membalas dendam ke atas serangan askar pemerintah ke atas kumpulan Taleban. -- AFP.

Dua penuntut mati ditembak di Pattani

BANGKOK: Dua penuntut sebuah sekolah pengajian Islam berasrama mati, manakala seorang lagi cedera parah apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah mereka di wilayah bergolak Pattani malam kelmarin.

Dalam kejadian sekitar 8 malam di daerah Panarek, dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal melepaskan tembakan ke arah ketiga-tiga mangsa ketika mereka berjalan ke gerai makan berhampiran untuk makan malam. -- Bernama.

Langkah Iraq anjur pilihan raya dialu-alu

NEW YORK (Amerika Syarikat): Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon, menyambut baik langkah Parlimen Iraq meluluskan undang-undang mengadakan pilihan raya umum di negara itu pada awal tahun depan.

Encik Ban berkata pilihan raya itu merupakan peluang penting dalam usaha menyatupadukan rakyat dan menyumbang kepada kemajuan politik Iraq. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini