KUALA LUMPUR : Kira-kira 250 mahasiswa daripada Universiti Malaya (UM) berkumpul dan berarak ke pejabat Canselor hari ini untuk membantah keputusan pilihan raya kampus yang diadakan semalam.
Mereka yang terdiri dari kumpulan Pro Mahasiswa itu mendakwa berlakunya penyelewengan dalam sistem e-undi dalam pilihan raya yang keputusannya telah diumumkan pada 7 petang kelmarin.
Kumpulan mahasiswa itu juga menuntut supaya pilihan raya baru diadakan semula dan sistem pengundian secara berkomputer atau e-undi dibatalkan keputusannya.
Semalam menyaksikan 4 Universiti utama yang menjalankan pilihanraya kampus (PRK) dengan kemenangan berpihak kepada Pro Aspirasi.
Pro Mahasiswa hanya memperolehi 17 kerusi berbanding Pro Aspirasi yang mendapat 21 kerusi dalam PRK. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula dimenangi Pro Aspirasi dengan 19 kerusi dan Pro Mahasiswa hanya memperolehi 15 kerusi dan 1 kerusi bagi calon Bebas.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula menyaksikan kemenangan Pro Aspirasi dengan 28 kerusi dan Pro Mahasiswa 18 kerusi dan bebas 5 kerusi.
Sistem pelaksanaan e-undi telah mendapat bantahan menyeluruh sejak awal-awal sistem ini diperkenalkan kerana ketelusannya diragui. Namun, universiti-universiti di Malaysia tetap menjalankan sistem pengundian tersebut.
E-Undi terbukti menghadapi masalah apabila semasa proses pengundian e-undi dilaporkan gagal berfungsi dengan baik dan mahasiswa juga keliru dengan proses itu.
Era Pakatan
Friday, January 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment