Pages

Wednesday, November 11, 2009

Sekilas - Dunia

Tiada kemajuan dalam rundingan

WASHINGTON: Rundingan antara Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, kelmarin gagal mencatatkan sebarang kemajuan dalam usaha menyambung semula rundingan damai Timur Tengah.

Menurut kenyataan Rumah Putih yang dikeluarkan selepas pertemuan selama sejam 40 minit itu, kedua-dua pemimpin tersebut hanya menyentuh secara umum 'bagaimana menggerakkan proses rundingan damai Timur Tengah'. -- Reuters.

Taufan Ida ragut lebih 130 jiwa

VERAPAZ: Lebih 130 terkorban akibat banjir dan tanah runtuh di El Salvador dengan 10,000 penduduk lagi dipindahkan selepas Taufan Ida melanda bahagian tengah Amerika.

Tanah runtuh dan banjir yang melimpah menyebabkan rumah ranap dan dihanyutkan arus deras dengan kebanyakan mayat ditemui tertimbus lumpur. -- AFP.

Preity belajar di Harvard pula

MUMBAI: Aktres terkenal Bollywood, Preity Zinta, kini bersiap untuk meningkatkan lagi pengetahuannya dengan mendaftarkan diri bagi mengikuti kursus dalam bidang perundingan dan pengurusan perjanjian di Universiti Harvard bulan depan.

Pelakon yang disifatkan bijak dan berpendidikan tinggi itu sudah mempunyai ijazah sarjana dalam bidang psikologi jenayah. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini