Ukiran menteri dari tahi lembu jaya dijual
Wellington: Sebuah ukiran separuh badan Menteri Sekitaran New Zealand, Encik Nick Smith, yang diperbuat daripada tahi lembu, berhasil dijual dengan harga NZ$3,080 ($3,110) melalui satu laman web lelongan.
Ukiran tersebut yang dihasilkan pelukis Sam Mahon, menarik 112 bida sebelum ia dibeli seorang tidak dikenali Jumaat lalu.
Encik Mahon berkata ukiran itu sebagai satu bantahan terhadap pendirian lembut Encik Smith terhadap pencemaran oleh ladang tenusu. -- AP.
Dihukum jel kerana bunuh, cencang bapa
New York: Seorang wanita dari kota raya New York, Brigitte Harris, 28 tahun, kelmarin dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun selepas didapati bersalah membunuh bapanya dan mencencang mayatnya.
Peguam Daerah Queens, Encik Richard Brown, menyifatkan jenayah itu mengerikan dan berharap Harris akan menjalani kaunseling di penjara.
Harris didapati bersalah September lalu kerana membunuh Encik Eric Goodridge, 55 tahun, pada 2007. -- AP.
Seks dengan budak: Dua warga AS dijel
Birmingham (Alabama): Dua lelaki rakyat Amerika Syarikat yang melawat Thailand sebanyak tiga kali untuk melakukan hubung seks dengan budak lelaki dan merakam gambar mereka, masing-masing dikenakan hukuman lebih enam tahun penjara kelmarin.
Lee Burgess, 44 tahun, dari Mobile, dan Mitchell Kent Jackson, 31 tahun, dari Pensacola, Florida, mengaku melawat Thailand antara 2000 dengan 2002 untuk mengadakan hubungan seks dengan budak lelaki berusia enam hingga 10 tahun. -- AFP.
No comments:
Post a Comment