Pages

Monday, November 9, 2009

Nik Aziz mahu bincang royalti minyak dengan PM

KUALA LUMPUR - Kerajaan Kelantan tetap mahu menuntut pembayaran wang royalti minyak walaupun Kerajaan Pusat mengumumkan pemberian wang ihsan untuk negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa berkata, bagi tujuan itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan perkara itu.

Kerajaan Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada kerajaan pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004. - Bernama


No comments:

Posting Terkini