Pages

Wednesday, November 18, 2009

Malaysia gagal ke Piala Asia 2011

KUALA LUMPUR: Peluang Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2011 tertutup selepas tewas 1-3 kepada Uzbekistan pada perlawanan kelayakan kumpulan C, Piala Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Uzbekistan jelas berada dalam kelasnya tersendiri apabila menguasai sebahagian besar permainan dengan hantaran tepat dan kemas selain kelebihan daripada segi fizikal.

Namun skuad bimbingan jurulatih Mirdjalal Kasimov itu yang memperoleh deretan peluang menjaringkan gol terpaksa menunggu sehingga minit ke-32 untuk memecah kebuntuan melalui tandukan pemain pertahanan, Anvar Gafurov hasil sepakan sudut untuk menewaskan penjaga gol, Mohd Farizal Marlias.


No comments:

Posting Terkini