Wartawan AS dakwa dipaksa
SAN FRANCISCO: Dua wartawan Amerika Syarikat yang dipenjarakan Korea Utara kerana didakwa memasuki negara itu secara haram kelmarin berkata mereka diheret memasuki negara komunis itu oleh askar walaupun mereka sudah melepasi sempadan China.
Cik Laura Ling dan Cik Euna Lee sebelum ini dikenakan 12 tahun penjara tetapi dibebaskan menyusuli misi diplomatik yang diketuai mantan Presiden Amerika, Encik Bill Clinton, bulan lalu. -- AFP.
Letupan di luar bursa saham
ATHENS: Satu letupan bom berlaku di luar bursa saham Athens semalam.
Letupan itu menyebabkan kerosakan kecil pada bangunan tersebut dan lapan kereta terbakar.
Media setempat melaporkan bahawa sebuah akhbar telah menerima amaran mengenai letupan itu. -- Reuters.
Virus H1N1 atasi virus lain
WASHINGTON: Satu ujian makmal yang dijalankan para penyelidik di Universiti Marylang menunjukkan bahawa virus Influenza A (H1N1) tidak akan bergabung dengan virus flu lain untuk menjadi virus flu yang sangat merbahaya.
Sebaliknya, virus H1N1 mampu mengatasi virus flu lain dan lebih mudah berjangkit. -- Agensi.
Mulut tertuduh dilekat pita
CANTON (Amerika Syarikat): Seorang hakim yang tidak puas hati dengan gangguan berkali-kali daripada orang yang dituduh merompak mengarahkan polis menampal mulut tertuduh dengan pita pelekat.
Hakim Mahkamah Perbandaran Canton, Encik Stephen Belden, berkata tindakan itu adalah cara terbaik untuk mengembalikan ketenteraman dalam perbicaraan yang melibatkan Harry Brown dari Canton, lapor akhbar The Repository.
Brown mengadu peguam yang dilantik mahkamah tidak bersedia dan menimbulkan kemarahan hakim selepas berulang kali mengganggu perbicaraan. -- AP.
No comments:
Post a Comment