SEREMBAN: Mengejutkan apabila sebuah pasar raya besar terkemuka di bandar ini didapati menjual pelbagai produk makanan rosak, kemek dan luput tarikh semata-mata untuk mengaut keuntungan berlipat ganda ketika orang ramai ghairah membeli barangan untuk persiapan Aidilfitri.
Pihak pasar raya terbabit mendakwa menjual pada harga patut dan murah, tetapi menipu pelanggan dengan menyelitkan pelbagai produk makanan bernilai kira-kira RM5,000 seperti biskut, produk tenusu, makanan dalam tin yang sudah rosak dan kemek serta tidak mempunyai label khusus.
Lebih mengejutkan, Operasi Lak dan Sita yang dijalankan oleh Penguatkuasa Jabatan Kesihatan negeri mendapati ada produk yang dijual disahkan luput tarikh sejak 25 Jun lalu.
Tindakan peniaga, termasuk pasar raya besar terbabit bukan saja akan menjejaskan imej perniagaan mereka, malah lebih membimbangkan, ia boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Zainal Ariffin Omar, mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli makanan, terutama dalam tin supaya tidak terpedaya dengan tipu muslihat peniaga.
No comments:
Post a Comment