Pages

Monday, September 14, 2009

Pesta bikini

KUALA LUMPUR: Sepuluh Ramadan terakhir sepatutnya dimanfaatkan dengan memperbanyakkan ibadat pada waktu malam.

Segelintir anak muda juga sibuk berjaga malam tetapi bukan untuk beribadat, sebaliknya menyertai pesta liar.

Kumpulan anak muda Melayu itu dikesan menghiburkan diri dalam 'pesta bikini' di sebuah disko di ibu negara, malam Jumaat lalu.

Wartawan Metro Ahad yang menyusup masuk ke pesta itu untuk memastikan kesahihan maklumat yang diterima mengenai kegiatan liar dan lucah itu mendapati ia bukan sekadar gimik, malah benar-benar berlaku.

Lima wanita berbikini ditampilkan dengan masing-masing mempamer tarian mengghairahkan di atas meja.

Pesta tidak bermoral itu terang-terangan tidak menghormati Ramadan dan melanggar syarat pemberian lesen operasi pusat hiburan.

Penganjuran pesta tersebut dikesan selepas muncul iklan bertajuk 'Bikini in The City Party (Pesta Bikini di Kota)' yang diuar-uarkan hanya satu malam sahaja di laman mencari kenalan popular di Internet, Facebook.

Iklan memaparkan poster wanita berbikini itu disiarkan beberapa hari sebelum pesta berkenaan diadakan.

Berdasarkan maklumat pada iklan itu, pengunjung wanita bukan saja tidak dikenakan bayaran, malah diberi minuman percuma jika hadir dengan berbikini.

Ternyata iklan itu berjaya mengumpan ramai 'kaki disko' menyertainya apabila 202 orang mengesahkan penyertaan mereka melalui Internet.

Pemantauan mendapati beberapa kumpulan anak muda Melayu leka berhibur sambil minum arak.

Di atas meja mereka penuh dengan botol dan jag arak. Masing-masing menanti kemunculan wanita berbikini seperti dijanjikan.

'Layanlah lagu dulu. Rileks abang... sekejap lagi muncullah (wanita memakai bikini). Nanti dia orang akan naik atas meja dan menari,' kata seorang pelayan wanita berbangsa Melayu.

Seorang pengunjung yang memperkenalkan dirinya sebagai Man berkata:

'Bukan senang nak tengok wanita berbikini menari ghairah di atas meja. Memang saya seronok. Sambil minum (arak), tengok aksi ghairah perempuan pakai bikini,' katanya separuh mabuk.

Bagi seorang lagi pengunjung, Zam, beliau sememangnya gemar berhibur dan kerap menyertai beberapa pesta.

'Bulan puasa pun saya berparti dan parti seperti ini memang saya tunggu sangat. Minum (arak), 'goyang-goyang kepala', tengok awek bikini... seronok beb.

'Tak tahulah bila disko ini nak tunjuk lagi perempuan pakai bikini sebab dalam iklan beritahu satu malam ini saja,' katanya.

No comments:

Posting Terkini