Pelakon Pembantu - anak Kechik, menantu Toyo.
Bekas menteri besar Selanor yang bergelumang dengan aktiviti rasuah sepanjang beliau memegang jawatan sebagai ADUN dan menteri besar Selangor, telah pergi ke pejabat SPRM, Putrajaya kononnya untuk di siasat.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo disoal siasat kira-kira enam jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rumah mewah beliau di Seksyen 7, Shah Alam dan penggunaan dana Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Selangor (Balkis).
Beliau berada di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sejak pukul 8.30 pagi dan meninggalkan bangunan suruhanjaya itu kira-kira 2.30 petang tadi.
Timbalan Pengarah Siasatan SPRM, Sazali Salbi mengesahkan kehadiran bekas Menteri Besar itu untuk diambil keterangan.
Beliau juga mengesahkan Dr. Mohd. Khir diambil keterangan berhubung isu rumah mewah miliknya yang didakwa mencecah berjuta-juta ringgit dan penggunaan wang Balkis untuk tujuan bercuti di Amerika Syarikat.
Percayalah siasatan ini hanyalah satu daripada slot dalam sandiwara SPRM yang diarahkan oleh UMNO.
Pastinya siasatan ini akan berakhir dengan 'tiada kes' dan perasuah akan terlepas daripada segala pertuduhan. Rskyat ditipu dan dipermainkan oleh pemimpin UMNO yang disokong pengundi yang lemah minda.
Tuesday, September 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment