LONDON: Ahli jawatankuasa masjid di daerah Tooting menasihati jemaah supaya tidak keluar bersolat bersendirian berikutan dua serangan yang didakwa bermotif perkauman berlaku di luar rumah ibadat itu sepanjang Ramadan kali ini.
Selepas satu perbincangan diadakan antara beberapa ahli jawatankuasa masjid di kawasan berkenaan, seorang pemimpin tempatan menasihati jemaah supaya berjalan dalam kumpulan ketika ke masjid bagi mengelak diserang.
Setiausaha Masjid Balham dan Pusat Islam Tooting, Encik Aniz Jussab, berkata:
'Penduduk Islam amat bimbang. Dalam kedua-dua kes, sasaran utama adalah orang Islam. Tiada siapa setakat ini mengetahui kenapa.
'Kami percaya sasaran penyerang adalah mereka yang dalam lingkungan usia setengah abad dan golongan tua. Kami menasihati mereka supaya selalu berada dalam kumpulan dengan orang muda supaya tidak menjadi mangsa.'
Encik Aniz melihat ramai yang bimbang ke masjid Upper Tooting Road sejak dua kejadian serangan itu, manakala ibu bapa enggan membawa anak mereka bersolat.
Polis juga meningkatkan rondaan di kawasan terbabit dan menemui pemimpin Islam bagi membincangkan keselamatan jemaah.
Pihak berkuasa turut menyiasat pembunuhan remaja, Ekram Haque, Isnin lalu, di Church Lane dan serangan kedua di Gatton Road.
Mereka yang disyaki telah dihadapkan ke mahkamah remaja, Selasa lalu.
Suspek berusia 15 tahun dan 14 tahun didakwa membunuh Ekram, manakala suspek keempat berusia 12 tahun didakwa kerana turut terbabit dalam kejadian itu. -- Agensi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment