Calon diumum selepas tarikh undi diberitahu
SHAH ALAM: Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang hanya akan diumumkan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihan raya kawasan tersebut.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta semua pihak supaya jangan membuat spekulasi mengenai calon yang akan bertanding. -- Utusan Malaysia.
Parah ditolak kekasih dari tingkat lapan
BUTTERWORTH: Seorang gadis dalam keadaan bogel, parah selepas ditolak kekasihnya dari tingkat lapan sebuah pangsapuri sebelum jatuh ke dalam kolam renang di Park View, Jalan Assumption, di sini Jumaat lalu.
Dalam kejadian sekitar 7 malam itu, lelaki terbabit yang juga penagih dadah cuba membunuh diri dengan mengelar kedua-dua pergelangan tangannya selepas menolak kekasihnya itu.
Bagaimanapun, pasangan berusia awal 20-an itu dapat diselamatkan oleh orang ramai yang melihat kejadian berkenaan dan polis yang tiba beberapa minit kemudian. -- BHM.
Pekerja Bangla maut dihempap dua guni beras
ALOR STAR: Tindakan seorang pekerja warga Bangladesh cuba menampal guni beras yang bocor membawa maut apabila dia dihempap dua guni beras seberat 2,000 kilogram.
Kejadian sekitar 11.30 pagi itu berlaku ketika mangsa bekerja di sebuah kilang beras di Bukit Raya, Pendang, kelmarin.
Mangsa yang dikenali sebagai Encik Nuru Nabi, 33 tahun, terbunuh selepas guni di lapisan ketiga dan keempat hilang sokongan akibat kebocoran guni di lapisan kedua lalu menghempapnya. -- Metro Ahad.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment