Pages

Thursday, October 1, 2009

Banyak sangat mangkok berayun dalam PKR

Bila tali pusat pun masih belum tertanggal dah gila nak jadi wakil rakyat, inilah akibatnya. Cakap ikut sedap mulut. Menyusahkan orang lain.

“DAP menggesa Anwar untuk memastikan pemimpin peringkat akar umbi PKR tidak mengeluarkan kenyataan politik seumpamanya pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta berhubung kenyataan Mohd Yusmadi, yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau bahawa satu formula perlu dilaksanakan bagi membolehkan pemimpin daripada semua kaum dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mohd Yusmadi turut dilapor sebagai berkata formula baru itu diperlukan bagi menggantikan formula Barisan Nasional bagi pentadbiran Pulau Pinang yang menyaksikan jawatan Ketua Menteri diberikan kepada kaum Cina dan jawatan Timbalan Ketua Menteri dipegang kaum Melayu.

Karpal menjelaskan bahawa DAP mempunyai jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang terbanyak dan parti itu mempunyai hak untuk melantik siapa sebagai Ketua Menteri di negeri itu. - Bernama

No comments:

Posting Terkini