SHAH ALAM - Pakatan Rakyat cuba mengetengahkan satu pendekatan politik yang baharu antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhak mengutarakan pelbagai pandangan bertentangan dengan kerajaan yang selama ini tidak pernah berlaku dalam pimpinan Barisan Nasional yang lalu.
Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata, semua ADUN bebas memberi pendapat demi mempertahankan hak rakyat dan pencanggahan pendapat dalam dewan adalah sesuatu yang lumrah bagi mendapatkan keputusan yang terbaik untuk rakyat.
“Benda baru di Malaysia dimana semua ADUN bebas menyatakan pandangan dan kritikan terbuka dan orang rasa terkejut ini tidak berlaku dalam Barisan Nasional, percayalah hari ini sesiapa yang mengkritik Perdana Menteri di kalangan ahli-ahli Parlimen atau ahli dewan akan diambil tindakan, bukan sahaja YB Azmin, YB Hannah turut berlawan dengan YB Ronie untuk mepertahankan hak rakyat dan dibenarkan dalam dewan”, jelasnya.
Katanya, negara-negara maju yang lain sudah lama mempraktikkan kaedah ini, malah mahasiswa juga bebas mengkritik dan rakyat berhak menegakkan hak mereka, oleh yang demikian hasilnya mereka mempunyai pemimpin dan kerajaan yang terbaik untuk rakyat.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri, Azmin Ali semasa dalam Dewan Negeri Selangor.
Beliau berkata, selama ini sejak merdeka rakyat tidak diberi peluang dan tidak pernah berlaku suasana membenarkan begitu, akan tetapi di Selangor kini, Ahli Majlis, ADUN dan media bebas bersuara untuk rakyat.
“Bagi saya positif, andai kata Pakatan Rakyat memerintah Malaysia kita bagi kebebasan di Parlimen dan media, di Indonesia umpamanya mereka luahkan perasaaan mereka dalam dewan, mahasiswa boleh cakap apa saja dalam media akhirnya dia dapat pemimpin yang terbaik di kalangan mereka, tetapi ini tidak berlaku di Malaysia”, katanya.
Beliau berkata, pernah berlaku di Pulau Pinang, ADUN Barisan Nasional menyokong DAP dan akhirnya mereka dikenakan tindakan ditarik peruntukan dan digantung perkhidmatan.
Ini menunjukkan dalam Barisan Nasional tidak membenarkan ADUN berbeza pendapat dengan kerajaan dan pucuk pimpinan. - KEMALIA OTHMAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment