Kalau ikutkan perangai media arus perdana- TV 3 the suku, keputusan pilihanraya kecil Manek Urai hanya akan diumumkan esok pagi. Sebabnya mudah - Barisan Nasional Kalah.
Bila UMNO/BN kalah dalam mana-mana pilihanraya, pasti pengumuman keputusannya sengaja dilewat-lewatkan. Sejarah telah membuktikannya.
Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.
Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi. - Malaysiakini
:::::::::::::
Esok kita akan ke Mahkamah Tinggi.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan akan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Beliau akan berdepan dengan tuduhan fitnah yang direka khusus demi merencatkan perjuangan rakyat dan agenda Perubahan. Berikut merupakan butiran program tersebut:
Tarikh: Hari Rabu 15hb Julai 2009
Tempat: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Masa: 8.00pagi
Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Tuesday, July 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment