Pages

Sunday, June 7, 2009

PAKISTAN TAHAN TIGA PEMIMPIN KANAN PRO-TALEBAN

PESHAWAR: Tentera Pakistan kelmarin menahan tiga pemimpin kanan kumpulan pro-Taleban yang merundingkan pelaksanaan hukum Syariah di Lembah Swat dengan pemerintah Februari lalu sebagai tukar ganti bagi gencatan senjata, menurut laporan.

Jurucakap kumpulan itu, Ameer Izzat Khan, Mohammad Wahab dan Maulana Mohammad Alam diberkas kelmarin bersama tiga lagi anggota kumpulan Tehrik-e-Nifaaz Shariat-e-Muhammadi, kata seorang jurucakap tentera dari Rawalpindi semalam.

Mereka ditahan dalam serbuan di bandar Amandara di daerah Malakand, barat laut Pakistan.

Bagaimanapun, jurucakap itu tidak mengesahkan laporan dalam akhbar Dawn bahawa ketua kumpulan itu, Sufi Muhammad, juga ditahan.

'Timbalan Maulana Sufi Muhammad, iaitu Maulana Mohammad Alam, dan jurucakapnya, Ameer Izzat Khan, sedang bersembunyi di pekarangan sebuah madrasah apabila mereka ditangkap bersama beberapa militan,' kata Menteri Penerangan Wilayah Perbatasan Barat Laut (NWFP), Encik Mian Iftikhar Hussain.

Perjanjian gencatan senjata itu dibatalkan pemerintah apabila gerila Taleban mara hingga cuma 100 kilometer dari ibu kota Islamabad lebih enam minggu dulu.

Ketua jurucakap tentera, Mejar-Jeneral Athar Abbas juga mengesahkan penangkapan mereka. -- AFP, Bloomberg.

No comments:

Posting Terkini