Pages

Sunday, June 7, 2009

KOREA UTARA MUNGKIN GUNA DUA WARTAWAN AMERIKA SEBAGAI BIDAK

SEOUL: Korea Utara semalam membisu mengenai nasib dua wartawan warga Amerika Syarikat yang sepatutnya menghadiri perbicaraan kelmarin atas pertuduhan masuk ke negara itu secara haram dan terlibat dalam aktiviti permusuhan.

Jika didapati bersalah mereka boleh dikenakan hukuman 10 tahun penjara kerja berat.

Cik Laura Ling dan Cik Euna Lee, pemberita dari stesen Current TV milik mantan naib presiden Al Gore yang berpangkalan di California, ditangkap pada 17 Mac lalu dekat sempadan Korea Utara semasa membuat liputan berita ke China.

Perbicaraan mereka bermula di mahkamah tertinggi Korea Utara ketika ketegangan semakin meningkat di Semenanjung Korea menyusuli ujian bom nuklear Pyongyang pada 25 Mei lalu.

Sewaktu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Washington membincangkan bagaimana hendak bertindak ke atas Korea Utara, terdapat kebimbangan kedua-dua pemberita itu mungkin menjadi bidak politik dalam pertikaian dengan Pyongyang.

Seorang pakar undang-undang Korea Utara di Universiti Kyungnam, Profesor Choi Eun-suk, berkata mahkamah mungkin mendapati kedua-dua wanita itu bersalah, kemudian Pyongyang boleh menggunakan mereka sebagai alat tawar-menawar dengan Amerika. -- AP.

No comments:

Posting Terkini