Pages

Wednesday, June 3, 2009

ANAK BONGSU BAKAL GANTI PEMIMPIN KOREA UTARA

SEOUL: Korea Utara memberitahu misi diplomatiknya bahawa anak bongsu pemimpin mereka, Encik Kim Jong Il, akan menjadi pengganti beliau, menurut laporan akhbar Korea Selatan semalam.

Pengumuman menamakan Encik Kim Jong Un, 26 tahun, sebagai bakal pemimpin Korea Utara dihantar selepas Pyongyang melancar ujian nuklear pada 25 Mei lalu, kata akhbar Hankook Ilbo, yang menukil anggota parlimen Korea Selatan yang diberi taklimat oleh Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) Korea Selatan Isnin lalu.

Pyongyang menuntut para diplomat menyatakan taat setia kepada Encik Jong Un. Beliau dilaporkan belajar di Sekolah Antarabangsa di Berne, Switzerland. Suka bermain ski dan bola keranjang, beliau dikatakan belajar bahasa Inggeris, Jerman dan Perancis di sekolah itu.

Bekas cef susyi Encik Kim Jong Il, Encik Kenji Fujimoto, dalam memoirnya berkata wajah Encik Jong Un mirip bapanya dan beliau bertindak macam bapanya. Ibunya, Cik Ko Yong Hi, bekas seorang penari, meninggal dunia pada 2004.

Encik Kim Jong Il mempunyai tiga anak daripada dua isteri. Anak sulung, Encik Kim Jong Nam, 38 tahun, disebut sebagai bakal pengganti ayahnya sehingga beliau ditangkap cuba memasuki Jepun menggunakan pasport palsu pada 2001.

Anak kedua, Encik Kim Jong Chol, terlalu bersifat kewanitaan untuk menjadi pemimpin, kata cef itu. -- AP.

No comments:

Posting Terkini