SEOUL: Amerika Syarikat bersetuju menjual kepada Korea Selatan bom pemusnah kubu yang boleh menghancurkan kemudahan bawah tanah Korea Utara, menurut laporan semalam.
Perkembangan itu berlaku selepas tentera laut Korea Selatan meningkatkan pertahanan dekat sempadan laut dengan Korea Utara, dengan menghantar bot peronda berhala laju tinggi lengkap dengan peluru berpandu dan berikrar akan 'mengajar' sebarang pasukan yang cuba menyerangnya.
Kapal itu dilengkapi peluru berpandu yang dapat menyerang kapal musuh berada 140 kilometer dari situ, meriam 76mm dan 40mm dan sistem radar canggih.
Langkah itu bertujuan 'mencegah provokasi tentera laut Korea Utara dan menghapuskan musuh di tempat kejadian jika berlaku provokasi', kata satu kenyataan tentera laut Korea Selatan
Washington baru-baru ini meluluskan penjualan bom GBU-28, yang digunakan dalam Perang Teluk 1990-91 untuk memusnahkan kubu bawah tanah Iraq, kata seorang pegawai Kementerian Pertahanan kepada AFP.
Bom yang dipandu laser itu akan dihantar ke Korea Selatan antara 2010 dengan 2014, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.
Menurutnya, jika berlaku peperangan jet Korea Selatan akan membawa bom itu untuk menyerang sasaran bawah tanah seperti kemudahan nuklear dan meriam Korea Utara yang disembunyikan dalam gua.
Para pegawai tentera berkata meriam Korea Utara yang dipasang dalam terowong sepanjang sempadan merupakan ancaman serius kepada Korea Selatan.
Panglima kanan tentera Amerika Syarikat di Korea Selatan, Jeneral Walter Sharp, berkata April lalu bahawa Korea Utara mempunyai pasukan meriam terbesar di dunia.
Menurutnya, Korea Utara dipercayai memiliki 13,000 meriam di sepanjang sempadan dengan Korea Selatan.
Menurut Yonhap, Pyongyang sedang bersiap-siap untuk melancarkan tiga atau empat peluru berpandu jarak sederhana dari tapak pelancaran di Anbyon, di pantai timur negara itu.
'Banyak kenderaan yang dipasang pelancar bergerak telah dikesan di Anbyon,' lapor Yonhap, menukil seorang pegawai pemerintah sebagai berkata.
Pyongyang juga telah memindahkan apa yang dipercayai peluru balistik paling baru ke pangkalan di Dongchang-ni dekat sempadan China, kata para pegawai.
Peluru berpandu balistik itu mempunyai jarak sasaran sehingga 6,500 kilometer), lapor akhbar JoongAng Ilbo, sekali gus menjadikan Alaska dan pangkalan tentera Amerika di Guam dalam jangkauan serangannya. -- AP, AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment