Pages

Thursday, May 21, 2009

Penanti: Seorang lagi calon dijangka tanding

GEORGETOWN: Seorang pengurus syarikat dijangka mengumumkan esok keputusannya sama ada akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Nai Khan Ari, 41, berkata ada beberapa perkara yang perlu beliau selesaikan sebelum membuat keputusan menjelang hari penamaan calon Sabtu ini.

Nai memberitahu walaupun memiliki rumah di Lunas, Kedah, beliau sebenarnya dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Telok Wang.

Lelaki berketurunan Siam ini berkata beliau telah membeli borang pencalonan daripada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Komtar.

Sebelum ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan timbalan pengerusi jawatankuasa perhubungan PKR Pulau Pinang Mansor Othman, 56, sebagai calonnya manakala bekas anggota tentera Mohd Saberi Othman, 49, dan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, masing-masing mengumumkan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Isnin lepas, Barisan Nasional membuat keputusan tidak akan bertanding kerana mendapati kerusi itu dikosongkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR hanya kerana mahu menyelesaikan isu dalaman parti itu. - Bernama

No comments:

Posting Terkini