Wednesday, December 21, 2011
Kakitangan Hospital Kerajaan Cuai
BALIK PULAU (Pulau Pinang): Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam selepas Hospital Pulau Pinang (HPP) didakwa tersilap memberinya ubat sakit telinga untuk dititiskan di matanya.
Nurqistina Qalysha Azmi, yang mengalami radang pada kedua-dua matanya, menggelupur kesakitan selepas ubat berkenaan dititiskan ke mata kanannya, baru-baru ini.
Ibunya, Cik Noorliza Abd Razak, 34 tahun, berkata anaknya mengalami radang mata sejak enam bulan lalu dan beberapa kali mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta, namun penyakitnya berlanjutan.
Beliau kemudian membawa anaknya mendapatkan rawatan di klinik kerajaan di Bayan Baru dan doktor di situ meminta mereka merujuknya kepada doktor pakar di Hospital Pulau Pinang (HPP).
'Kami diberi surat rujukan meminta anak saya dirawat doktor pakar tetapi apabila tiba ke HPP, Nurqistina hanya menerima rawatan pesakit luar.
'Anak saya kemudian diberi ubat titis dikenali 'Enclor' di kaunter farmasi dan keesokan harinya, saya menitiskan ubat itu ke matanya. Secara tiba-tiba, anak saya menggelupur kesakitan serta mengadu matanya seperti dibakar.
'Saya ke HPP semula dan merujuk perkara itu kepada petugas di farmasi yang memaklumkan Enclor bukan ubat sakit mata tetapi bagi merawat sakit telinga.
'Bimbang dengan nasib anak, saya membawanya berjumpa seorang lagi doktor HPP dan terkejut apabila diberitahu bahawa label ubat itu mungkin salah dilekatkan dan tidak sepatutnya diberi kepada Nurqistina,' dakwanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Bharu, dekat sini, kelmarin.
Sementara itu, Pengarah HPP, Dr Yasmin Sulaiman, ketika dihubungi berkata pengadu perlu membuat aduan di HPP dan membawa ubat diberikan doktor terbabit bagi memudahkan siasatan. -- BHM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment