Pages

Tuesday, March 1, 2011

Guru pegang buah dada pelajar selepas merotan


KUALA LUMPUR: Seramai 11 pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Ampang di sini, mengadu dicabul guru disiplin ketika guru itu merotan mereka bagi kesalahan tidak hadir perhimpunan kerana menyiapkan kerja sekolah, Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada 7 pagi, guru lelaki berusia 40-an itu didakwa meletakkan tangannya pada bahagian dada pelajar terbabit kononnya bagi merasai denyutan jantung ketika merotan punggung mereka.

Semua pelajar terbabit sebelum itu dikatakan berada dalam kelas bersama dua lagi pelajar lelaki kerana menyiapkan kerja sekolah sebelum ketidakhadiran mereka ke perhimpunan disedari seorang pengawas.


Pengawas itu kemudian mencatatkan nama semua pelajar berkenaan sebelum membawa mereka berjumpa guru disiplin.

Sumber berkata, apabila berjumpa guru disiplin, semua 13 pelajar, termasuk dua pelajar lelaki, dirotan di punggung dengan guru berkenaan didakwa memegang dada pelajar perempuan.

'Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.

'Guru lelaki itu memegang buah dada semua pelajar perempuan itu. Dia mengambil masa kurang 10 saat melakukan pemeriksaan pada peringkat pertama,' kata sumber itu.

Disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.

'Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan itu apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama dan melakukannya sekali lagi.

'Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas,' kata sumber itu.

Berikutan kejadian itu, pelajar perempuan terbabit mengadu kepada ibu bapa mereka sebelum ibu kepada salah seorang pelajar datang ke sekolah pada hari sama bagi mendapatkan penjelasan.

'Ketika wanita itu cuba mendapatkan penjelasan, guru disiplin terbabit dikatakan naik berang dan mencampakkan buku ke lantai. Wanita terbabit cuba berjumpa pengetua sekolah namun tidak berhasil. Berikutan itu, beliau membuat laporan polis pada hari sama,' kata sumber itu.

Difahamkan, guru lelaki itu kini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan. -- Harian Metro, BHM.

No comments:

Posting Terkini