Pages

Thursday, August 27, 2009

Mayat mangsa kemalangan tiba di Malaysia

KUALA LUMPUR 27 Ogos — Mayat tiga rakyat Malaysia yang terkorban setelah kenderaan yang dinaiki terbabas dan jatuh ke dalam Sungai Indus, India, kelmarin selamat tiba di tanah air pagi ini.

Mereka yang terbunuh ialah Tan Gua Gnoh, 54, dari Pulau Pinang; Lee Ah Yem, 59, dari Kelantan dan Ang Ee Lee, 52, dari Kedah.

Mayat mereka tiba di Kompleks Mas Kargo dekat sini kira-kira pukul 7 pagi ini sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga masing-masing untuk upacara keagamaan.

Difahamkan, seorang lagi mangsa, Cheong Swee Chun, 42, masih dilaporkan hilang sehingga kini ekoran arus deras dan usaha mencarinya sedang giat dilakukan.

Kemalangan itu dikatakan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terlanggar batu dan terbabas ke dalam jurang sedalam 70 meter sebelum terpelanting ke dalam Sungai Indus yang deras di Leh, daerah Ladakh.-Utusan

No comments:

Posting Terkini