PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau diadakan serentak pada 7 April ini.
Tarikh penamaan calon pula telah ditetapkan 29 Mac.
Ia diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini selepas mempengerusikan mesyuarat khas selama hampir dua jam bagi membincangkan tarikh pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan tersebut.
Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS pada 9 April akibat diserang sakit jantung manakala kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rajyat (PKR) yang meletak jawatan.
Rarikh writ dan notis pilihan raya masing-masingnya akan dikeluarkan pada 16 Februari dan 17 Februari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment