Pages

Friday, February 13, 2009

RPK gagal pindah kes ke mahkamah majistret

Malaysiakini ; Perbicaraan kes fitnah terhadap penulis blog Raja Petra Kamarudin akan didengar oleh Mahkamah Sesyen dan bukannya di Mahkamah Majistret.

Ini ekoran keputusan Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pemindahan kes tersebut dari Mahkamah Majistret bukanlah tidak sah dan bercanggah dengan Seksyen 177 Kanun Prosedur Jenayah dan ia tidak melanggar Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan berhubung soal kesaksamaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zainal Aznam Abdul Aziz juga memutuskan tiada alasan dan merit untuk kes tersebut didengar di Mahkamah Majistret.'

Raja Petra didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu kerana dituduh memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor, Pemangku Kolonel Abdul Aziz Buyong dan isterinya, Kolonel Norhayati Hassan, dalam akuan berkanun yang dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil di Jalan Duta pada jam 10.25 pagi 18 Jun lalu.

Pada 15 Ogos lalu, Majistret Nazran Mohd Sham membenarkan permohonan DPP Amir Nasruddin untuk memindahkan kes Raja Petra ke Mahkamah Sesyen atas alasan kes itu membabitkan kepentingan awam.

Bagaimanapun, Manjeet membantah kerana mendakwa pemindahan kes tersebut bercanggah dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kesaksamaan.

No comments:

Posting Terkini