Pages

Friday, February 13, 2009

Syabas kepada Karpal Singh!

Oleh Nik Syahril Hisham

Saya ucapkan syabas kepada Karpal Singh!

Semangat macam inilah yang kita perlukan. Tanpanya, tanpa seseorang yang berani seperti beliau, mencabar kesahihan isu yang sedang berlaku sekarang ini, selagi itulah UMNO akan mengganas. Teruskan dengan memfailkan saman itu kerana selagi kita membiarkan perkara-perkara sebegini selagi itulah UMNO tidak akan sedar, selagi itulah UMNO akan bertindak liar kerana bagi mereka mereka menganggap mereka adalah kebal.

Sudah diselidiki, sudah disiasat dan sudah dipersetujui ramai, mencabar di mahkamah bukanlah suatu hal yang dianggap menderhaka. Ianya cukup jelas, hanyalah satu tujuan dalam memastikan kesahihan sesuatu hal perkara yangg berbangkit yang memerlukan keputusan mahkamah sama ada ianya benar atau tidak. Tanpa keberanian Karpal, saya kira UMNO akan terus bermain dengan belbagai taktik kotor bagi memastikan mereka berjaya. Dan entah apa yang akan mereka lakukan lagi selepas ini.

Di Selangor, nampaknya sudah bermula, mereka sudah mula memutar belitkan media dengan menggunakan media elektronik yang memihak kepada mereka dengan belbagai taktik dan cara yang saya kira paling kotor dan tidak mustahil rakyat tanpa disedari rakyat akan terhasut oleh mereka.

Dalam soal warkah tulisan Dato’ Seri Nizar di dalam suratnya kepada Sultan, sebenarnya ialah suatu perkataan merapat sembah yang sememangnya digunakan sebagai suatu ucapan bagi istana dalam menyembah mengadap dan itu adalah suatu perkataan yang seharusnya kita gunakan di dalam menyampaikan titah yang tidak berapa baik, dalam menkhabarkan sesuatu hal perkara yang kurang baik yang memerlukan sultan membuat keputusan dan ianya sebenarnya bukanlah menderhaka.

Teruskan dengan memfailkan saman dan kita lihat sama ada langit itu tinggi ataupun rendah!

No comments:

Posting Terkini