KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman hanya akan membuat keputusan berhubung kedudu-kan Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan Shu Kiah dalam Kabinet Negeri awal minggu depan.
“Saya akan umumkannya minggu depan. Untuk sementara waktu ini anda perlu tunggu pengumuman itu,” katanya kepada pemberita ketika ditanya tentang perkara itu ketika merasmikan Konvensyen ke-14 International Inner Wheel di sini kelmarin.
Tan telah dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur selepas meninggalkan Parti Maju Sabah (SAPP) berikutan keputusan parti itu keluar dari Barisan Nasional tahun lepas.
Pada Selasa, Tan, mengumumkan keputusannya untuk menyertai Gerakan salah satu parti komponen BN, berikutan tekanan dari parti-parti komponen BN agar beliau mempercepat kedudu-kannya yang tidak mempunyai parti.
Ketika sesetengah pemimpin BN menyambut baik tindakannya menyertai Gerakan itu, yang dapat mengakhiri tekanan yang di-berikan oleh parti komponen BN, bekas partinya SAPP menuduh Tan hanya mahu melindungi kedudukannya dalam Kabinet.
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup ketika menyokong langkah yang diambil oleh Tan itu me-minta parti-parti dalam komponen BN agar memberikan beliau peluang untuk bersama dengan parti yang baru disertianya itu.
Malah Datuk VK Liew, yang juga Presiden Parti Liberal De-mokratik (LDP), yang timbalan presidennya dan ketua pergerakan parti itu mendesak Tan dilucutkan dari jawatan Kabinet, juga memuji langkah menyertai Gerakan itu.
Liew berkata, meskipun Tan mengambil masa yang panjang sebelum mengakhiri kedudukannya tanpa menganggotai mana-mana parti , adalah baik bahawa beliau memilih parti komponen BN.
Ketika ditanya sama ada pendirian partinya sebelum ini yang mendesak Tan meletakkan jawatan dari Kabinet, Liew berkata itu terpulang kepada Tan untuk memutuskannya “apa yang terbaik untuk BN.”
Bagaimanapun Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah meng-kritik Tan, dan berkata langkah menyertai Gerakan dilakukan bu-kan untuk berkhidmat kepada rakyat terutama yang telah mengundinya ketika beliau bertanding atas ti-ket SAPP dalam pilihan raya umum tahun lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melawat negeri ini awal minggu ini berkata Tan telah memutuskan untuk menyertai Gerakan berdasarkan parti berbilang kaum itu sesuai bagi beliau dan para penyokongnya dan banyak cawangan-cawangan juga berjanji akan mengikuti langkah beliau itu.
Najib juga berkata beliau menyerahkan kepada Musa untuk memutuskan berhu-bung kedudukan Tan dalam Kabinet Negeri.
Ketika ditanya tentang langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah bekalan elektrik di negeri ini, Ketua Menteri berkata isu itu buat ma-sa ini sedang dibincangkan dalam Kabinet dan keputusan mengenainnya akan diketuai akan tidak lama lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment