SUNGAI PETANI 4 April - Naib Presiden Parti Progresif Penduduk, Datuk M. Nadarajan mengisytiharkan keluar dari parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu ceramah yang turut dihadiri oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.
6,000 ahli parti itu di Kedah turut mengikut jejak langkah Nadarajan
Dihadapan lebih 15,000 hadirin beliau menyatakan sokongan padunya terhadap perjuangan PKR.
Serentak dengan itu enam bahagian dan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan. Enam bahagian yang dibubarkan itu ialah Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Merbok.
Pengumuman itu dibuat oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga anggota Kepimpinan Tertinggi PKR malam ini. Nadarajah yang hadir bersama kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sunday, April 5, 2009
Naib Presiden PPP bersama 6,000 ahli isytihar keluar parti sertai PKR
Labels:
Keadilan,
piliharan raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment