Pages

Sunday, April 5, 2009

Lelaki Chennai bunuh isteri sebelum setubuh

CHENNAI: Dalam satu kejadian jenayah yang mengerikan,

seorang suami yang hilang kawalan, membunuh isterinya hanya kerana wanita itu menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Selepas membunuh wanita yang menyara keluarga itu sejak 10 tahun lepas, lelaki terbabit didakwa mengadakan hubungan seks dengan mayat isterinya itu.

Pembunuhan itu berlaku di Poonamellee, kira-kira 15 kilometer dari bandar ini, apabila lelaki berusia 34 tahun yang tidak bekerja itu, Subash Krishnan, pulang dalam keadaan mabuk pada kira-kira jam 1.30 petang dan mahu mengadakan hubungan seks dengan isterinya.

Mangsa, Shanti, 28, yang menyara kehidupan keluarga itu dengan menjual jus buah, menegur suaminya kerana sering meminta untuk mengadakan hubungan seks dan tidak membantu keluarga mencari pendapatan.

Berang dengan penolakan isterinya itu, lelaki berkenaan mengkasari Shanti menyebabkan mangsa jatuh dan tidak sedarkan diri. Lelaki itu kemudian menjerut mangsa dengan tali.

"Lelaki itu mengaku melakukan kedua-dua jenayah itu dan hasil siasatan mengesahkan dia mengadakan hubungan seks selepas membunuh isterinya.

"Kami masih menunggu laporan bedah siasat dan akan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Dia sekarang berada dalam penjara," kata Inspektor N Velavan dari balai polis Poonamalle.

Lelaki itu didakwa mengadakan hubungan seks dengan mayat isterinya, malah mendatangkan kecederaan dengan mengigitnya.

Velavan berkata seorang daripada anak pasangan itu, menemui mayat ibunya selepas pulang dari sekolah dan memberitahu perkara itu kepada bapa saudaranya yang kemudian menghubungi polis.

Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki berusia tujuh dan 10 tahun. - Bernama

No comments:

Posting Terkini