Pages

Friday, March 13, 2009

CAP MOHOR PURBA CHINA MILIK WARGA SINGAPURA

CAP mohor ini dipercayai pernah digunakan dalam surat-menyurat urusan rasmi zaman dinasti China.

Beratus tahun telah berlalu, artifak purba ini mungkin telah beberapa kali bertukar tangan dan tempat.

Ia kini jatuh di tangan seorang pengumpul barang-barang purba Singapura.

Bagi beliau, cap mohor ini begitu istimewa. Selain usianya merentang abad, cap mohor ini diperbuat daripada batu jed.

Hanya golongan istana zaman maharaja China menggunakan batu jed kerana harganya tinggi dan ia sering dikaitkan dengan status raja.

Siapa sekarang pemilik cap mohor ini dan bagaimana beliau mendapatnya?

No comments:

Posting Terkini