Dasar Sains dan Matematik kekal
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan tergesa-gesa atau tunduk kepada ugutan berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, semalam.
Mengulas desakan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), beliau berkata dasar itu akan diteruskan kerana keputusan bergantung pada pandangan semua pihak, bukan kumpulan tertentu. -- Bernama.
Gesa sekatan ke atas Israel
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menggesa dikenakan sekatan ke atas Israel kerana menyerang Gaza, sambil berkata masyarakat antarabangsa mempunyai kewajipan moral menyelamatkan rakyat Palestin.
Dalam ucapan kepada diplomat Malaysia dan asing semalam, beliau berkata sekatan dikenakan ke atas pelanggaran kod kelakonan antarabangsa dan seharusnya diluaskan kepada pelanggaran piawaian moral. -- AP.
Tujuh dituduh rogol dua belia
PETALING JAYA: Tujuh penghantar surat didakwa merogol dua remaja perempuan bawah umur, 14 dan 15 tahun, bergilir-gilir di rumah sewa mereka bulan lalu.
Tertuduh, berusia 20 hingga 23 tahun, mengaku tidak salah dan kes mereka akan didengar pada 18 Februari.
Mereka dibebas dengan ikan jamin RM6,000 ($2,526) seorang. -- BHM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment