Singapura - DENGAN ekonomi jatuh merudum, Citibank menjangkakan pemerintah mengumumkan defisit Belanjawan Negara mencecah $3 hingga $4 bilion bagi tahun taksiran tahun ini.
Ia adalah 1.2 hingga 1.5 peratus daripada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP).
Bagi tahun taksiran berakhir 31 Mac tahun lalu, pemerintah menjangkakan mendapat lebihan belanjawan sebanyak $6.35 bilion.
'Dengan ekonomi dalam kemelesetan yang teruk, kami jangkakan belanjawan yang berkembang yang diumumkan pada 22 Januari ini. Terdapat juga kemungkinan (dengan keizinan Presiden) rizab fiskal dimanfaatkan,' menurut laporan Naib Presiden Analisis Pasaran dan Ekonomi Citibank, Encik Kit Wei Zheng.
Dalam Belanjawan Negara ini, Citibank menjangkakan empat tumpuan:
# mengurangkan tekanan kewangan bagi perniagaan,
# membaiki daya saing kos bagi menangani kemelesetan,
# menyediakan sokongan bagi keluarga, dan
# merangsang permintaan yang terhad.
Bagi membantu para peniaga, Citibank menjangkakan pemerintah meluaskan jaminan kredit melebihi skim-skim yang ditawarkan Spring Singpore.
Citibank meramalkan kadar cukai pendapatan korporat diturunkan 1 hingga 2 peratusan mata daripada kadar tertinggi 18 peratus secara bertahap-tahap untuk satu hingga dua tahun mendatang.
Bagi membantu firma binaan kecil setempat, pemerintah boleh meneruskan projek binaan awam yang ditunda bernilai $4.7 bilion.
Bagi membantu keluarga pula, potongan kadar cukai pendapatan peribadi, yang kini sebanyak 20 peratus, mungkin dilaksanakan sejajar dengan kadar cukai pendapatan korporat tertinggi sebanyak 18 peratus.
Golongan berpendapatan rendah mungkin mendapat rebat tunai bagi membantu mereka mengharungi kegawatan ekonomi ini.
Potongan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak dijangkakan kerana Menteri Kewangan, Encik Tharman Shanmugaratnam, menyatakan potongan GST lebih bermanfaat bagi golongan berada.
Citibank tidak menjangkakan potongan kadar sumbangan majikan kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dalam Belanjawan Negara itu tetapi mungkin akhir tahun ini jika pasaran buruh bertambah buruk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment