KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields yang didakwa terbabit dalam kes mendera dan menyiram air panas ke atas seorang tahanan lelaki 28 Disember lalu, selesai menjalani proses pengecaman hari ini.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, berkata ketiga-tiga anggota polis terbabit hadir di Bukit Aman hari ini bagi proses pengecaman itu, sebelum tindakan seterusnya diambil.
B Prabakar, 28, sebelum ini membuat laporan polis kerana mendakwa dia didera dan disiram air panas sekumpulan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, selepas mengaku tidak terlibat dalam kes samun di Sri Hartamas. ]
Penjaga tempat letak kereta itu kemudiannya didera sekumpulan anggota polis terbabit sebelum disiram air panas sehingga menyebabkan dadanya melecur teruk.
Dia mendakwa sebelum dibebaskan, dia diberi wang tunai RM500 supaya merahsiakan perkara itu dan tidak membuat laporan polis tetapi dia tidak mengambil wang berkenaan. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment