Pages

Saturday, January 17, 2009

SEKILAS BERITA DUNIA dan MALAYSIAKINI

Ibu bapa mangsa susu tercemar dapat pampasan

SHIJIAZHUANG (China): Ibu bapa bayi pertama yang terkorban ekoran pencemaran susu bayi di China telah menerima pampasan bernilai AS$29,000 ($43,195).

Bayi berusia lima bulan itu meninggal dunia Mei lalu apabila keadaannya bertambah serius selepas mengalami batu karang.

Ibu bapanya menerima pampasan itu daripada syarikat tenusu Sanlu. -- Reuters.

Slogan perangi pengganasan tak lagi relevan

LONDON: Britain mengambil pendirian bahawa kempen memerangi pengganasan adalah satu kesilapan ketika bakal Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, menyifatkan pergerakan Al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden masih ancaman nombor satu terhadap negaranya.

Setiausaha Luar Britain, Encik David Miliband, yang menyifatkan slogan Barat seperti 'kempen memerangi pengganasan' itu kemungkinan memberi lebih banyak masalah.

Pegawai Britain tidak lagi menggunakan slogan itu sejak 2006. -- AFP.

Tidak henti ketawa sejak 12 tahun lalu

BEIJING: Seorang remaja perempuan, Xu Pinghui, 13 tahun, dilaporkan ketawa tanpa henti sejak 12 tahun lalu.

Keadaan itu bermula selepas Xu demam ketika berusia lapan bulan.

Sehingga kini, doktor belum mengenal pasti puncanya dan akan menjalankan imbasan di kepalanya. -- AFP.

Pelakon gesa kembirikan anjing liar

MUMBAI: Pelakon popular Amerika Syarikat, Pamela Anderson, telah merayu kepada pihak berkuasa di Mumbai supaya tidak membunuh anjing-anjing liar.

Sebaliknya, beliau menggesa supaya haiwan itu dikembirikan. -- AFP.

Dakwa tiada niat bunuh Altantuya

SHAH ALAM: Tertuduh pertama dalam kes pembunuhan seorang model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu, Ketua Inspektor Azilah Hadri, semalam memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia tidak mempunyai niat untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu.

Azilah, 32 tahun, berkata dia dan tertuduh kedua, Sirul Azhar Umar, mengunjungi Hotel Malaya, tempat penginapan mendiang, hanya untuk menasihati beliau supaya jangan terus mengganggu penganalisis politik, Encik Abdul Razak Baginda. -- Bernama.

MB Perak bidas pengerusi DAP


ALOR STAR: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyifatkan pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Karpal Singh, sebagai individu angkuh yang mementingkan diri sendiri selain tidak memahami dasar penubuhan Pakatan Rakyat yang memerlukan persefahaman dan toleransi daripada anggota.

Beliau berkata tindakan Encik Karpal mengugut bahawa DAP akan menarik diri daripada Pakatan Rakyat jika Parti Islam SeMalaysia (PAS) mahu melaksana undang-undang hudud dan qisas adalah tindakan melulu yang tidak berasas selain boleh mengeruhkan hubungan parti dalam Pakatan Rakyat. -- BHM.

Ketua Pemuda parti politik ditahan

IPOH: Seorang ketua Pemuda bahagian sebuah parti politik di Tanjung Malim ditahan polis Selasa lalu kerana disyaki memiliki sebuah lori yang dipercayai dicuri.

Tangkapan itu dipercayai dibuat selepas polis menerima laporan kehilangan sebuah lori di Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini.

Lelaki berusia 31 tahun itu diberkas di rumahnya di Sungkai, dekat Tapah. -- Bernama.

No comments:

Posting Terkini