BANGKOK 20 Jan. - Malaysia telah menarik pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak AS$12.9 bilion pada 2008 walau pun FDI global merudum 21 peratus kepada kira-kira AS$1.4 trilion, demikian menurut Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Perdagangan dan Pembangunan (Unctad) di dalam laporan terbarunya yang dikeluarkan di sini hari ini.
Unctad berkata, FDI Malaysia itu merupakan 53.4 peratus lebih tinggi daripada AS$8.4 bilion pada 2007 sementara China kekal tempat paling popular bagi para pelabur di rantau ini, dengan menerima AS$92.4 bilion, diikuti oleh Hong Kong AS$60.7 bilion, India AS$36.7 bilion, Singapura AS$10.3 bilion, Thailand AS$9.2 bilion dan Indonesia AS$5.5 bilion. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
I belive...
OUR ECONOMY IS STRONG
WE HAVE NO ECOMONIC CRISIS...
Regards,
Post a Comment