Pages

Friday, January 16, 2009

Enam Pelayar Negara Dahului Regata Langkawi

LANGKAWI, 15 Jan-- Angin kencang sehingga 25 knot mengganggu para peserta di hari pertama kejohanan perahu layar Regata Perdana Antarabangsa Geopark Langkawi KFC 2009 di pusat perahu layar kebangsaan pantai Kelibang, Kuah di sini, Khamis.

Seorang pelayar Terengganu, Azeri Suhaimi dilaporkan patah tulang paha kanannya dan terpaksa dihantar ke Hospital Daerah Langkawi untuk mendapat rawatan lanjut, sementara beberapa perahu layar terbalik dan rosak.

Namun walaupun angin bertiup kencang, enam pelayar negara mampu masih menunjukan kemampuan untuk menjadi pendahulu bagi kategori masing-masing.

Antara yang berjaya ialah pelayar pelapis kebangsaan, Khairunneeta Mohd Afendy yang bertekad mahu memberi saingan untuk mengungguli kategori Laser 4.7 esok.

Turut mendahului ialah Farhan Hamid (Optimist), Razman Md Akil/Ahmad Hakimi (Internasional 470), Nik Asharaf Qaedi (Laser Standard), Mohd Hafizzudin Mazlan (420) dan Romzi Mohamad (Laser Radial).

Dua pelayar Thailand, pemenang pingat gangsa sukan Asia 2006 di Qatar, Noppakao Poonpat dan rakannya Natthawut Paenyaen masing-masing menjadi pendahulu Optimist dan Laser wanita.

Seorang pelayar wanita Qatar, Alaa Shouhdy turut menunjukkan persembahan cemerlang pada kategori Optimist.

Timbalan Pengerusi Persatuan Perahu Layar Kedah, Mohd Afendy Abdullah yang juga pengurus besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) berkata tiupan angin yang kurang daripada 20 knot adalah lebih sesuai kepada para pelayar terutama bagi kategori Optimist.

Kejohanan lima hari ini disertai lebih 200 pelayar dari sembilan negara iaitu Myanmar, Thailand, Qatar, Syria, India, England, Indonesia, Hong Kong dan Malaysia.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini