PETALING JAYA 8 Okt. — Pengasas Jawatankuasa Kempen Selamatkan MCA, Datuk Theng Book menggesa calon presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat agar membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dibuat terhadapnya kononnya beliau mempunyai harta sebanyak RM21 juta.
Theng berkata, beliau dan beberapa anggota MCA juga menerima surat layang yang mendakwa Ong, yang juga Menteri Pengangkutan mempunyai banyak harta termasuk banglo, rumah teres, kedai, kilang dan kondominium di sekitar Selangor, yang sewanya diperolehi setiap bulan.
“Nama baik parti dan pemimpin adalah sangat penting dan kami memerlukan pepimpin yang betul-betul berintegriti. Oleh itu diharapkan pihak yang telah didakwa melaporkan perkara tersebut kepada polis supaya siasatan boleh dibuat.
“Kami harap beliau (Ong) dipilih (sebagai presiden MCA), tetapi sebelum itu masalah ini perlu diselesaikan sekarang bagi mengelakkan ia dimanipulasikan oleh pembangkang kelak,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Ong akan dicabar bekas naib presiden MCA, Datuk Chua Jiu Meng bagi merebut jawatan presiden parti pada pemilihan 18 Oktober ini. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment