PUTRAJAYA 10 Okt. – Kadar surcaj sebanyak 30 peratus ke atas tambang bas ekspres dan bas henti-henti yang sepatutnya tamat 15 Oktober ini akan diteruskan sehingga diberitahu kelak.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, dengan keputusan ini kerajaan berharap para pengusaha bas ekspres dan bas henti-henti akan terus memberikan perkhidmatan terbaik bagi memenuhi keperluan orang ramai.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis rumah terbuka kementeriannya di sini hari ini. – Utusan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment