Pages

Wednesday, October 8, 2008

RINGKAS MALAYSIA

Lagi lima korban nahas trafik

KUALA LUMPUR: Sebanyak lima kematian dicatatkan pada hari ke-13 Ops Sikap XVII kelmarin, menjadikan 175 jumlah mereka yang terkorban dalam kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula pada 24 September lalu.

Dalam operasi kelmarin, sebanyak 8,050 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan trafik. -- Utusan Malaysia.

1.2j kenderaan lalui lebuh raya

KUALA LUMPUR: Lebih 1.2 juta kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menuju ke ibu negara, petang Ahad lalu, selepas menyambut Aidilfitri di kampung sehingga mengakibatkan kesesakan luar biasa.

Statistik menunjukkan sekitar 1.1 juta kenderaan menggunakan Lebuh raya Utara-Selatan, manakala 131,300 kenderaan melalui LPT.

Ada pengguna mendakwa mengambil masa 15 jam bagi perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. -- BHM.

Selamat lepas tumbuk buaya

KUCHING: Pantang maut sebelum ajal.

Begitulah nasib seorang lelaki yang terselamat daripada dibaham buaya apabila beliau bertindak berani menumbuk mata seekor buaya yang menggigit tangan kirinya di Sungai Samarahan, Jumaat lalu.

Tumbukan tangan kanan Encik Lester Japeng, 35 tahun, menyebabkan reptilia sepanjang hampir empat meter itu melonggarkan cengkamannya dalam kejadian sekitar 8 malam itu. -- BHM.

No comments:

Posting Terkini